Monday, January 10, 2011

Cinta yang tak pasti

Dahulu kau kata kau cintakan aku
Dahulu kau kata kau takkan tinggalkan aku
Dahulu kau kata yang kau akan bahagiakan aku untuk selamanya


Entah apa sebabnya kau berubah
Engkau membuat perangai selama kita bersama
Engkau selalu menyakiti hatiku ini
Entah apa sebab yang kau pendam
Sehingga engkau benci padaku


Maafkan i, i'm so sorry itulah ungkapan yang selalu kau ungkapkan padaku
Aku bosan! Aku menyampah!
Kadang kala maafmu umpama sampah!
Tapi aku lawan perasaanku ini demi KAU wahai insan yang kucinta!


Kau ego!
Kau tidak pernah membunuh ego kau demi aku
Kenapa?! 
Kau tidak pernah terfikir bagaimana jika kau diperlakukan begitu?!


i sayangkan u, i tak nak tinggalkan u
Cis! apa maknanya semua ini?!
kata-katamu itu membuatkan aku menaruh harapan padamu setinggi gunung
Kini harapan tinggal angan-angan
Membuatkan aku kecewa


Dahulu kau kata aku jahat kerana aku mahu meninggalkan kau
sekarang?!
Kau kata aku tak faham akan diri kau
Telah aku cuba untuk memahami diri kau
Tetapi, engkau yang memendam rasa!
Gerangan siapakah yang ingin engkau persalahkan?!


Ade jodoh kita akan bersama
Sudahlah! jangan engkau memberikan harapan lagi kepada aku
Aku serik! aku bosan! 
Aku tak mahu lagi terluka kerana kau!


Bukan benci atau menyampah pada kau
Cuma aku tidak mahu ada kaitan lagi dengan kau
Kerana tiada guna aku mengejar cinta yang tidak pasti
Biarlah aku membawa diri jauh dari dirimu dan kenangan kita bersama
Aku pasrah dengan ketentuanNya
Aku pasrah pemergian kau



nukilan hatiku,
muiz muimui 10/1/2011

No comments:

Post a Comment