Sunday, June 2, 2013

asalamualaikum saya kini di Universiti, saya seorg perantau. lulz~

Asalamualaikum.. kepada rakan2 yang ku kasihi maaf sebab dah lama sangat "xhupdate". almaklumlah sekarang saya sudah sedikit bz sebagai mahasiswa. ya. aku telah dipilih memasuki ke IPTA dalam menyambung pembelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda. Alhamdulilah berkat doa mak, keluarga rakan2 atau mungkin sudah suratan aku dipilih memasuki ke dalam IPTA cuma lambat sedikit drpd rakan2 seperjuangan aku yang lain. jikalau membaca post yang lepas aku hanya mampu memrembeskan kesedihan, kecemburuan aku kepada rakan2 aku yang sudah terpilih memasuki ke dalam ipta bagi menyambung pembelajarannya ke peringkat ijazah.

Alhamdulilah, aku kini sudah hampir ke penghabisan sem. maknanya sem 1 bakal berakhir.. hukhuk.. lepas ni aku mahu menduduki peperiksaan akhir. err.. perasaan takut jangan cerita sebab belum menghadapi. apapun, apa yang aku boleh berkongsi, hidup di sini sangat seronok. aku kene belajar berdikari makan sendiri, basuh baju sendiri. konsep "kau campak, kau basuh, kau sidai dan kau lipatnya sendiri k. hukhuk.. ingat senang ke nk mengharungi hidup macam ni setelah 6 tahun 1/2 kau hidup dengan parent. bangun pagi mak kejut. err... mengundang x. kat sini. kat sini kene bangun sendiri kalau xsedar kawan rumah tolong kejutkan.

suasana belajar pun berbeza. kat sini kene sendiri. lecture dah xsuapkan kau. kau kene cari sendiri walau macam mana pun. kalau tak mmg masaklah kau. hukhuk.. apa-apa pun aku rasa seronok sangat dapat kawan baru, housemate baru yang baik2. alhamdulilah sebuah pertemuan yang baik yang diaturkan oleh Allah swt. tak sangka kawan2 sini semua cool. walaupun baru kenal, asal tempat pun lain2. tapi, semangat setiakawan, kerjasama di terapkan dalam diri masing2.. serius.. jujur aku cakap mmg terbaik barang kau letaklah mcm mana pun takkan hilang. Alhamdulilah.. semuanya jujur belaka. bukan puji melangit. tp, ini realiti berharap sgt dapat 1 bilik dgn depa (ckp utara sat) hekhek. majoriti orang rumah orang utara. mai kedah, penang. peghh. seronok. lagi 1 bilik aku ni bilik tumpuan kot mcm2 ada. gym boleh tempat print bagai. hehe..

ok itu sahaja yang aku nak kongsi.. ini post yang terbaru drpd aku. setelah 4 bulan tidak berusik. hekhek.

P/s : btw, yun noobie budak 6AA satu kampus dgn aku. hehe. pahit manis dalam belajar mmg ada. nk x nk kene harung. jumpa dengan org2 yg pelbagai karektor.. oleh itu, aku telah berjanji dengan diri. mahu belajar betol2. xdpt dekan(mimpi bolehlah) pun xpe. aslkan maintain. impian tercapai sekarang masa untuk balas budi dan menepati janji dengan diri sendiri yang telah diaku janji kan :) asalamualaikum

Thursday, January 17, 2013

haiya apa mahu jadi.

Asalamualaikum.. salam sejahtera untuk rakan2 yang aku kasihi dunia akhirat yg sedang membaca blog aku yg tak femes nih. hehe.. pertama sekali.. kalau nk wish tahun baru pun dah terlambat sgt2. haha.. dah berhabuk juga blog aku ni.. hurmm.. rajin aku dah hilang kot gamaknya.. tajuk aku pada hari ini adalah "haiya apa mahu jadi" sbb ramai tertanya2 kepada diri aku, skg ni buat apa? kerja ke? belajar ke? haiya.. pada makluman kawan2, saya dua-dua pun xda jadi apa skg ni. hehe.. mohon jgn hina aku. hehe.. aku sekarang ini entahlah. kepala agak kusut. xtahu nk buat apa.. dah lama sgt rilex aku ni. kerja pun x ni.. harap2lah dapat jawatan tetap dalam agensi kerajaan. nk belajar aku belum bersedialah lagi.. rasa mcm takut gagal je. sbb tahlah. kadang2 rasa mcm xboleh hidup klu xda mak aku. yelah tiap2 kali subuh beliaulah yg paling lantang untuk membuatkan nyawa aku masuk dlm jasad balik. mana taknya jam loceng sampai 3 pun still tidak memberikan apa2 kesan kpd diri aku. haiihhhh.. apa nak jadi.

Aku selalu berharap berdoa kpd Allah agar DIA memperbaiki kehidupan aku dengan lebih baik lagi. kalau boleh aku mahu dia membebaskan aku dari sangkar penghinaan. aku juga mahu dia membebaskan diri aku drpd dibelengu tidur mati. ZZzzz. krooiihhh2. HAHA.. kepada rakan2 yang dah sambung study best of luck utk korg.. jgn tye kenapa dan mengapa aku xnk sambung study. aku ade sbb tersendiri dan ingin melaksanakan misi yg aku perlu selesaikan. InsyaAllah masa itu pasti akan tiba juga. skg ni aku masih jadi mat jenin lagi ni. hehehe..

P/s : sedang berangan ada anak kerabat raja berkenan dgn aku dan ajak kahwin. cantik,kaya,beriman. perggghh kalaulah aku dapat gadis yg mcm ni. akulah manusia yg paling beruntung. ngehhhh~ mimpi disiang hari. Zzzz

Wednesday, September 26, 2012

nak buek apo sekarang ni?

hari berganti minggu, minggu berganti tahun, tahun berganti ape eh? hurmm.. tahlah aku pun xtaw nk ganti ape. yang penting sekarang masa semakin berjalan dengan pantas. aku masih disini. masih menjadi seorg penganggur. hidup tiadalah terumbang ambing. sbb dok dgn mak ayah. nk fikir masa depan pun dah payah pasal rasa down juga sbb xdpt sambung belajar kt ipta. hurmm.. akak, adik, dan kawan2 seperjuangan aku semua dah sambung belajar. belajar kt ipta pula tu. aku ape nk jadi. belajr pun dah malas. mak dgn akak dah bising soh sambung degree.. hurmm.. tahlah. aku pun pening skg ni. nk belajar ke kerja? tapi, buat masa ini mmg aku sdg fokus utk bekerja. nk belajar otak aku dah tumpullah. almaklumlah dah hampir setahun tinggal skolah. buku pun dah jarang pegang. asik2 gitar n tengok dokumentari (more to military n special service) :D

haiihh.. lambatnya nk menunggu kerja kat MARDI tu. sojar (ASKAR) pun dah lepas intake. aku pun xtaw depa buat kat bangi haihh.. rugilah doe.. bukan ape nk cuba nasib je. kalau dapat, dapatlah. klu xdapat nk buat mcm mana. mungkin ada faktornya. tetapi yg penting aku try. skg ni nak sambung belajar dah susah keputusan aku bukanlah 30 tahun yg lepas. skg zaman yg penuh dgn budak2 pandai. masaklah wei. kalau 30 tahun dulu mmg konfirm UM punye.. ni 1 ipta dlm malaysia tendang mcm bola. kdg2 xboleh nk ckp ape hye boleh "ppffftttt''. habis impian aku nk masuk PALAPES dah terkubur. 

penat, lelah, letih and tired dan yang sama erti dengannya. buat masa ni malas nk fikir hala tuju. nasib baik xde gf. klu ade lagi pening. skg ni nk bertenang dulu.. wpon, kdg2 entahlah.. jeles juga tgk kawan2 dah sambung stdy nih.. aku nk join diorg tapi apakan daya beb. aku mmg boleh nk amek swasta nih. tapi, manyak sakit ohh die punya yuran. better kerja dulu dah ade duit baru sambung study rite. ;)

p/s : mayb nk try repeat paper STP or try rayuan (beli nombor bsn)intake uitm oktober ni.. sbb member aku FARIDAH yg bgtaw. xtawlah.. try jelah. tp, tulah gua xde kabel plak kt Uitm tu. kabel elektrik adalah. HAHA. (loyar buruk sat) kadang2 gua bengang jugak mcm mane yg 1.9 (syarat xlepas) boleh jejak kaki kat ipta tu. gua yg cukup2 makan (lpas syarat) n yg dpt 2.5, 2.7 dan keatas masih xdapat. rasa mcm 1 penindasan lak. bila gua fikir2 balik kabel besar boleh kawtim. adoi.. tpi, pointer mcm har*m tu wa xboleh terima. haiihh.. lpas ni kene kawtim n kawan dgn dato2lah lpas nih. baru senang nk dpat kabel2 besar nih. hewhew~ chiaow dulu asalamualaikum.

Saturday, September 15, 2012

alhamdulilah

Alhamdulilah.. hari ni dapat juga aku menulis. yelah dah berapa bulan bersawang blogspot aku ni. bukan ape. nak bukak pun tak boleh. ape celop. haihhh.. nasib baik dah buad recovery. kalau tak mmg bersawang blog aku nih. pehh..

semalam punya peristiwa mmg tak boleh nk dikembalikan. yelahh.. nak wat mcm ne dah tak bernasib baik untuk melanjutkn pelajaran dalam IPTA apa boleh buat. kecewalah jugakbhai. padahal aku dah boleh agak yang keputusan aku ni mmg xboleh blah kawan. LULUSAMPAH je. hewhew.. walaupun mak aku nak support aku beljar kat swasta. tp, aku xnk. aku xnk susahkan mak dgn ayah aku for once againlah. lantaklah. yang penting akak dengan adik aku dah masuk U.  lagi pun aku ni aliran sastera mmg payah skit nk masuk klu pointer gitu2 jer. kalau sains xdahal mah.. haiihh.. kalau pointer gitu2 nak degree payah gak wei. ade member aku pun senasib gak. wlpon pointer die ok. haiihh.. susah2. (mengeluh) HAHA

Tak apalah bagi kawan aku yang berjaya mendapat tu. TAHNIAH k drpd aku. belajar elok2. klu xelok mcm nilah jadinya. jadi macam aku L.O.S.E.R aptb. ingat taw kawan2.

p/s : nak cari hidup baru yg semakin lama semakin mencabar. hurmmm.. xpelah.. hidup ni sekali je.. nak tak nak aku kene tempuh jua.



Wednesday, July 4, 2012

repekan malam ini

malam ini terasa syahdu dikala aku sdang mendgr lagu hujan - kau pijak hatiku lagi. hurmmm.. sbnrnya saje je nk feeling2 rindu2 tgk dgn gmbr ex gf yg semakin lama semakin jauh drpd aku, semakin bahagia dgn si dia yg tercinta. huhu.. xpelah.. nk wat mcm ne kan. dah xde rezeki nk bersama lama2 kan. :) aku pun redha jelah.. tp, bile2 pk balik time keje2 ni xkapel mcm xseronok lak sbb duit tgh byk. huahua.. dulu time sengkek ade je awek melekat. kahkah.. muiz ni mcm2 asik dok pendam rasa ek. heh. sbnrnya mls nk layan sgt perasaan. klu tgh ade duit petik skali 10 yg dtg taw. =P bweekk yeker? heh.

hurmm.. skg aku nk bina hidup baru kot. tgk kwn2 dah dapat offer jadi polis bhai. bagak untgnya. aku ni belum tentu agy masa depan. nk jadi renjer hutan blum nk apply2 agy ni. haiihh.. nk wat plan A dgn plan B spye xdelah aku kecewa bagai nk matikan. antara Universiti dgn kerja tetap yg menjamin masa hadapan aku. tp, bile fikir2 balik susah jugaklah dok pgkt bwah kdg2 rasa mcm hidup dlm kasta. yelah yg pgkt tinggi ni klu pergi mana2 layanan konfirm 1st klass bhai yg bawahan ni jadi mcm achai je bro.. tu yg rasa xsggup sgt tu, mmg target nk jadi PEGAWAI je doe. sbb pengalaman kerja aku di INSPEN tlh byk mengajar aku beb.

yelah, mungkin byk suara ghaib ckp klu masuk Universiti "tak semestinya kau akan berjaya" 2nd ade yg ckp "alah, yg masuk Universiti byk yg jadi penganggur. so, wat pe buang masa n duit blaja kt Universiti tu" hadoi.. susahlahkan nk ckp bile org yg penting educated ni berckp. hello bro, jgnlah berfikiran kolot sgt. klu masuk universiti mmg dah cerah dah masa depan. cuma jgn sia2 kan je. kluar ijazah gaji berapa bhai. mmg masyuk cite die. starting keje dah rm 2,500 pngkat pon senang nk naik. klu W41 pon dah lega doe. makan pon kenyg.. hurmmm.. sbb tu korg xboleh menafikan knpa org2 yg pgkt ats ni gaji byk. diorg berhak dpt apa yg diorg usaha kan dulu. dulu xnk belajar betol2, skg dah gila2 nk gaji besar hah sape suruh. -via TRIPLE H


so, sekarang ni segala hidup aku, aku serahkan sajalah kpd yg maha esa. samada aku boleh jadi pegawai atau sebaliknya. sbb hidup ini byk kejutannya cuma kita xtaw je kan. kdg2 bende tu Allah xbagi kita petanda pun , tiba2 je kan dpt. hehe.. tp, byk lagi bnde yg aku hajatkan bukan takat duniawi je.

oklah, aku merepek sampai sini jelah. sbb aku pun xtaw apa yg aku nk tulis sbnrnya. hehe.. klu rajin baca hang pa bacalah.. xpaksa pun. :) assalam.


Monday, July 2, 2012

kosong-kosong ku pinta

kosong-kosong bukan bermaksud lagu najwalatif  tapi, berkait tentang penulisan aku yang agak kasar, tajam dan yang sama erti dengannya. dah banyak post2 yang agak kasar dan tak elok dibaca sudah ku buang/padam/erease/delete dan yang sama erti dengannya. ye, aku sedar aku banyak mengkritik dengan lantang ttg seseorg. aku tahu mayb ada seten2 yg MEMANG akan terasa dgn penulisan aku ni. maaf ku pohon kpd sesiapa yg memang terasa akan penulisan blog aku ni. ye, aku sedar dulu aku banyak menulis kerana emosi tanpa memikirkan sensitiviti.

kenapa dan mengapa aku membuang POST2 yang terdahulu dan meminta maaf tidak perlulah korg persoalkan. adalah sebabnya, biar aku dengan Allah je yg tahu rahsia ini. jangan pening2 nk memikirkannya. yang penting aku akan lebih terus aktif dlm blog insyaAllah. ada masa aku akan akan post lagi k.

yang penting, kita kosong-kosong k. aku menyusun 10 jari meminta maaf atas post2 yang terdahulu. sbb aku tahu byk pihak yg telah terluka krn penulisan ku yg agak tajam bagai pedang ini.
kerana..
aku xsehebat penghulu kita (nabi muhammad s.a.w),
tapi, aku akn cuba utk mengikutinya,
walaupun 1 per 100
aku byk dosa,byk terkasar bahasa, byk mencarut!
maaf sahaja yang boleh ku pinta skg ini.
insyaAllah.
0-0 k. :)

Akhir-akhir ini

Akhir2 ini kenapa aku selalu rasa perasaan cinta kepada semakin kuat?
kenapa2?
kadang-kala engkau selalu endah xendah tentang diri ku.
kadang-kala engkau tidak pernah hendak bertanya khabar dgn aku
kadang-kala aku boleh rasa cemburu pula

satu hari aku tak sah kalau xusha gambar kau dlm fb
serius aku tak tipu
satu hari aku tak sah klu aku asik menunggu kau on9 chat
serius sebab itu aku selalu on9
satu hari aku tak sah kalau xsenyum sorg2
serius sebab tu aku jadi tak tentu arah

pergghh!
aku ni dah angau ke?
sejak bile ni?
aduh layak ke aku mendampingi die?
mahukah die utk bersama aku?
pelbagai persoalan sedang bermain di minda aku sekarang ni.
aku dah jatuh CINTA<3 dgn kau!
serius ni!
tapi aku yakin engkau sudah tentu tak kan terima aku
aku boleh jamin 200%
demi menjaga nama baik keluarga kau kan?

hurmm..
yelah.. mayb aku xtaw masa depan aku mcm ne kan.
adakah aku jadi mahasiswa atau mahaanganmatjenin je.
yelah.. kaukan best student
org yg xpandai, bodo dan xtentu masa depan ni dah tentu2 tak layakkan.
hurmm..
nak tunggu Universiti mcm aku bole dapat, takat cukup mkn. puit

skg ni aku rasa lebih baik aku pendam je
drpd aku meluahkan perasaan aku kpd kau.
itu mungkin jalan terbaik! :)
tp, percayalah aku mmg sayangkan kau, cintakan kau!
ada rezeki insyaAllah AKAN KU PINANG KAU DENGAN BISMILLAH
lebih halal dan diredhai oleh Allah.
insyaAllah. bukan janji tapi pasti.

Sunday, April 8, 2012

Lama betolkan aku tak menulis

hai, kawan2. apa khabar? ada sihat? ada baik kah? sorrylah.. lama tak update blog ni sekian lama. bukan hape, bila dah lama tinggal lama2 jadi lupe kan.. hee.. pada tahun ini. banyak kejadian dan peristiwa yang best. tp, sayang xdapat nk kongsi. pasal xupdate.. Alhamdulilah. pada tahun ini umur aku semakin meningkat maksudnya aku sudah berusia 20 tahun hee. thanx sapa yg wish. hadiah? serius x pernah kesah pun.

pada tahun ini ada peristiwa yg berlaku pada bulan 3. peristiwanya adalah peristiwa pengambilan keputusan peperiksaan STPM ataupun Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. walaupun pada ketika itu berbagai2 tarikh telah keluarkan.. namun 7 mac juga menjadi pilihan dan menjadi tarikh keramat bagi semua calon peperiksaan STPM. Tak dapat nak bayangkan malam tu aku still wat rilex lagi. namun begitu, rilex itu xberpanjangan pasal time kerja aku dha tak keruan. xselera makan dan asik terjeluak je tekak aku. rasa mcm xnk ambil je. kdg2 setan kacau terus terbayang2 kegagalan kita.. akhirnya pada pukul 12.30 tgh hari aku keluar dgn pantasnya terus menuju ke sekolah ku yg tercinta (SMK Tinggi Kajang). sampai sekolah aku tgk kawan2 aku yg dah lama xjumpa. Ya Allah. rasa terubat rindu kpd mereka setelah berbulan xjumpa krn masing2 membawa haluan sdri. mcm2 perubahan aku tgk ade yg berambut pjg, hensem, kemas dan lain2. tepat pukul 1.00 pm ade sorg teacher tu aku lupa nama die tp, org pggl die SHIZUKA. hee.. sorry lupelah pulok. dtg membawa keputusan STPM. pehhh.. time tu semua beratur panjang bhai. gila mabok tol. aku dah ketar2 lutut dah. ffuuuhhh.. sejurus aaron dah sain bagai datanglah giliran aku pulak. pehhhh.. meggeletar aku pgg pen. poi. aku terus bukak dan selak keputusan aku. Waahhhh!!!!! Aku terkejut dan menangis tgk keputusan aku. Alhamdulilah. aku lulus dapat 4 P. Terbaik wookk!!! wlpon cukup mkn dan tak segempak rakan2 yg lain terutamanya (anas dan aaron). tp, kita kene bersyukurlah beb drpd xdpt apa2 kan. sebab apa aku xsangka yg BM dan pengajian Am aku boleh lulus. dahlah time exam aku bukan celaru lagi. (aaron call cikgu rusfa ckp yg die berjaya, aku call die ckp mcm tu die mcm hurmmm.. HAHA.. adoi.. xpelah cikgu 1 nanti sy akan buktikan yg sy akan dptkan segulung ijazah.) Alhamdulilah ini semua kuasa Allah S.W.T. tapi tak kesahlah aku xberseorgan dlm geng cukup mkn ni. hehe.. ade 2 org kot yg cukup2 mkn. mlas nk bgtaw. hee.. lpas dpt keputusan jumpa guru2 aku.. sebenarnya aku malu nk jumpa pasal keputusan mcm ni.. tp, ajak rakan sebaya aku follow je.. masa jumpa cikgu, cikgu ada ucapkn tahniah kpd aku. thnx cikgu sham. hehe.. mcm biasa sy dlm Sastera MMG  XBALANCE otak senget katekan. HAHA.. =P. cikgu zainabu thnx cikgu 4 your congrats wish. serius rasa lain bile die ckp mcm tu. nk nangis je aku dah lah aku pernah gaduh dgn die. =,( lpas jumpa cikgu aku dan rakan2 lain beredar depd sekolah dan hafiz a.k.a awan nano JGN KURANG AJAR HAFIZ. HAHAHAHAHA.. belanja aku pizza. gila mabuk bhai. HAHA.. rasa cm dlm mimpi lak die ni belanja. haha.. xpelahkan die mayb nk bersedekah ke sbb die lulus STPM. =) thnx bro sbb belanja and sorry kpd rakan2 yg lain sbb xleyh lama pasal aku kene kerja. tu yg xleyh lepak lelama tu..

itu cerita peristiwa bln 3 aku.. hurmm... apa2 pun pada bulan 4 ini tarikh permohonan upu dah tutup beb. sekarang ini aku berdoa kpd Allah je spya aku dpat masuk ke Universiti. tp, klu xde rezeki 2nd intake dan rayuan bla bla bla.. hehe.. xpelah.. klu xdpt U, kerja pun boleh. kerja lulusan STPM terus gred w27. cerah gak masa depan. hee.. mcm biasa aku watlek watcool watpeace k. ;) tak perlu runsing2 be your self.

Friday, January 20, 2012

apa khabar.

asalamualaikum. salam sejahtera, ni hao n vanakam. =) kepada pembaca2 yg aku sayangi. maaf kerana aku tidak menulis beberapa coretan ttg kehidupan pahit manis aku. hal ini kerana, terdapat faktor yg menghalang aku utk menulis iaitu kerana laptop yg ku sygi tidak lagi bersama aku ianya berada ditgn adik yg aku sayangi. xpellah die nk belajarkan sbg abg aku haruslah berkorban demi kejayaan adik ku yg tercinta.

terlalu banyak cerita utk aku kongsikan, akan tetapi aku xterdaya utk menulis byk2. tetapi aku akan simple semudah yg boleh k. peristiwa tahun 2011 byk memberikan kisah suka dan duka dalam hidup aku. haiihh... pada tahun 2011 aku telah menduduki peperiksaan yg menentukan hala tuju hdup aku. samaada aku ke U @ sebaliknya. haiihh.. mintak2lah dpt masuk U kan. hurmmm.. pada tahun 2011 aku telah belajar utk mengenal mana 1 manusia yg boleh di jadikan 'KAWAN' dan 'LAWAN'. pada tahun 2011 aku telah kehilangan 4 org 'KAWAN'. haha.. nk tulis pjg2 pon wat sakit hati. byk betol kes diorg dgn aku, sampai kdg2 aku boleh berckp mcm nelah aku boleh berjumpa dgn 4 'ekor' manusia yg bangek nie. Haiihhhh.. adkh ini ujian utk aku @ sebaliknya. pffftttt... pada tahun 2011 aku berjumpa dgn guru2 yg paling spoting dlm hidup aku. serius xtipu doe. cikgu2 dah mcm kawan bhai. haha.. terbaikkan, almaklumlah bdak form 6 xkn nk lyn mcm dak form 5 or 3. ppffttt... pada tahun 2011.. haiihhh.. byk sgtlah peristiwa nk kene tulis. hahaha.. adoi.. almaklumlah aku nie dah abis skolah so sifat pemalas dlm diri aku smkin menjadi2. so, nnt kalau aku rasa nk tulis peristiwa 2011 aku edit.

Masuk tahun 2012, azam baru? haiihhh.. apa azam baru aku? azam baru nk bela jambang n nk tunjuk kt cikgu shamsinah. HAHAHA.. akan tetapi, hajat itu terbantut apabila ANAS telah mencabar aku dan aku telah kalah, terpaksa aku melicinkan segala tok nenek misai, janggut +++ HAHAHAHA.. menyesal xberguna. sekarang muka aku dah mcm budak2. puas hati kau? HAHAHA.. byklah ko pye shave. bbbrrrr.. sampai la nie, aku masih membela lemak DIPHONGGONG aku atau lebih tepat agy membesaukan buntut. HAHA.. aku xkerja,duit pon xde. bersama kawan aku ANAS yg mengikuti jejak langkah aku yg mahu menanam anggur. =) apabila duit xde mulalah xkeruan lebih2 lagi aku sudah mula menjadi perokok. haiihhh.. mana mau cekau duit. nk berhenti masih berasa malas. haiihhh.. so, cite 2012 aku adalah aku berjumpa dgn gadis alam maya yg aku kenal daripada zaman MYSPACE. HAHA.. igt lagi x seblum korg guna fb korg ada myspace. HAHA.. (cilok ayat panglima perang myspace) mmg terbaik. tp, syg aku nie pemalu. so, umpama aku hilang dlm ramai, lidah kelu bagai dikacip oleh fatimah. ppfffttt... =.=' dan aktivti aku spjg menjd penggur adalh meronda2 spt azroy dlm gila2 remaja. haiihhh.. dah xde cerita dah nie.

apapun, kepada pembaca diblog ini anda dibenarkan membaca. jgn risau, xkn ada maki hamun dlm blog aku dah.. insyaAllah. so, xperlu nk terasa apalahkan. so, apa2 pun jika aku mahu menulis aku akan update dlm blog ini. jgn risau blog ini masih hidup dong.

PAK HAJI,
PAK LEBAI,
GOOD BYE,

Thursday, June 30, 2011

pengumuman

mulai hari ini sampai lpas aku abis exam. mayb aku xupdate aku punye blog sgt kot.. skg ini bz mau blaja.. korg bkn xtaw skg ni aku nk exam kan so.. lpas exam nnt, aku akn update blog aku sebyk n semenarik yg mungkin...

asalamualaikum.

yg benar,
muiz a.k.a PBB =)

Saturday, June 18, 2011

hari LKAP

hurrmm... hari lkap hari nie.. hari ini merupakan 1st time dlm sejarah hidup aku bwak parents aku jumpe dgn cikgu sekolah aku. serius. selama nie aku xpnah nk bawak pon.. drpd form 1 smpi form 5. huhu.. smlm dah ah letih lpk kl dgn dataran smpi pkol 4.30 pg. gile letihkan. apa pon aku cume terlambat 1/2 jam drpd anas so boleh lak jmpe dgn adly tu n bapak die lak merupakan kawan lama ayah aku. ahha. adoi.. masing2 bising pasal anak2 die yg suke berseni ini. haiihhh... tp, aku dgn adly. hanya mampu ketwa je ah. haiihh.. harek ah ko nie adly. haha.. cikgu hasrani sempat main mata dgn aku n adly. haha.. muke mcm memerli pong ade. haiihh...

sementara menunggu td aku nmpk cikgu tgh comment pasal prestasi thivya. hurrmmm.. korg jgn ceritalah an mcmmne die punye keputusan mmg yg terbaik ah dlm kelas nie.. td aku dgr je ah cikgu mas suruh thivya usaha agy supya dpt yg terbaik dlm stpm semua.. aku rase mak bapak die heppy je doe.. smpi derma pon diorg hulur rm 50.. yelah anak dah lulus an duit bratus kuar pon diorg xkesah.. skg sampailah turn aku.. mmg gila babeng ah.. apa yg aku nmpk. pointer yg rendah, 2 subjek failed. hurmmm.. aku down gile kot.. n mak bapak aku pon luahkan masalah aku kt umah semua dkt cikgu2. serius ah 1st time ayah aku ckp byk doe klu jumpe cikgu.. aku sampai dah berjanji dpn cikgu semua utk ubah perangai aku.. cikgu suruh aku usaha lebih lagi. tetapi alhamdulilah cikgu adelah puji aku disiplin aku n penglibatan koko aku yg terbaik.. tetapi akedemik  hancur..

hurmm... memandangkan aku dah kene bebel dgn dgn cikgu mak ayah aku. aku terpaksa berkorban masa utk enjoy. aku dah berjanji dgn mak aku untuk dpt yg terbaik dlm exam n ubah sikap aku. anas dan aaron da berjaya B pon byk dlm result diorg.. nmpknya aku kene gile2 kerje kuat utk sama level dgn anas n aaron. apa pon korg tgklah k.

Tuesday, June 7, 2011

cuti yang kian hampir ke penghujungnya.

hai tawan2. ngee.. amacm cuti nie? best? hurmm.. msti byk crita an korg.. hurmm.. cuti ni bg bdak2 form 6 atas nie aper cer ek? bz dgn homework? hurmmm... rilexlah agy 5 bulan k. stdy bgai nk matilah ye korg. harap2 kita sama2 dpt masuk Universiti k. hurrmmm.. sem 2 nie pe azam korg kawan2? lbh serius ke? hurmm... aku taw msti korg marah an klu aku byk gelak an dah nk exam nie.. harap2 korg boleh tegur agar aku lbh serius k. syg korg! 6 AB 2010-2011 muahhhh2! <3

Monday, May 30, 2011

Hari yang paling letih 28.6.2011

hai sorry lambat update. bkn ape malas pye pasal ah nie. haha.. hurmm.. tanggal 28.6.11 aku dikejutkan dengan deringan telefone bimbit aku yg berlagu once is enough - in fear n faith. deringan itu selama 30 saat iu berjaya membangkitkan aku dr tido. dalam keadaan yg mamai aku menjawab panggilan itu.. rupa2nya panggilan itu dr anas smollike/anas mengganas a.k.a shahanas yang menyatakan bahawa rakan kelas ku mengalami kemalangan dan sedang berada di hospital serdang, aku dgn rase terkejutnya menanyakan kembali adakah ia bergurau, lantas anas telah memarahiku lalu aku terus bangkit dan mandi. aku menungang motorsikal aku dgn laju mcm pelesit utk kesana. sampai sana aku terus menghubungi azmi menunjukkan arah utk aku pergi ke wad kecemasan. apabila aku masuk ke ruang menunggu aku terus berjumpa dgn anas dan aaron. akhirnya aku menemui suffian yg sedang menemani ayen. selepas ayen telah dicuci lukannya ayen telah dibenarkan keluar dan pulang ke rumah. hurmm.. apa2 pon setelah mendgr cerita dr rakan2, ko memang bernasib baik. Allah masih memberikan ko peluang utk hidup. yang penting berhati2 k. jge kesihatan kita dah nk exam nie. semoga kau cepat sembuh. keempuanan ko nk gy hari sejuta belia. xpe ade gy kita konvoi k.

Setelah pulang dr menghantar ayen. azmi, suffan dan anas telah mengajak aku pergi ke putrajaya iaitu hari himpunan sejuta belia.. pehhh.. apa yang aku bleyh ckp mmg best pergi dgn kawan2 woo hoo.. serius terbaek kot. kat sana aku boleh lihat ragam manusia. mcm2 jenis budak aku nmpk drpd fixie,skaterboy smpi dak2 muzik. peehhh.. ramai gak ah,. tp, aku serbu tmpt askar dulu beb. hiburan2 tu aku tolak tepi dulu ah ye. pengetahuan tu penting beb. hah. mula2 serbu masuk kereta polis. peehhh.. best kot mne penah dpt peluang mcm nie beb. dah dapat pegang pistol,senapang sampai bazooka. haha.. terbaekkan. xnk berat lak senjata tu kan. pistol je dah berat gitar bass. itu belom masuk peluru agy. hehh.. best kot. mcm2 ade. awek? jgn citelah.. haha... mmg berduyun2. drpd tertutup sampai xcukup kain. haha.. cuci mata skit an. hee.. last2, aku dpt pgglan drpd sepupu aku utk pulang jamming. dgn segeranya aku pulang, balik mkn dulu n tdo jap then bru gerak umah along. selepas jamming dgn letihnya aku bersiap utk pergi ke ptrajaya. haha.. terbaekkan. padahal mata dah letih nk mampus. aku serbu gy tmpt tentera n polis gy skali. hah, tapi dgn couzin n keyboardist byg2 ah. huhu.. xdpt nk pergi ber6 sbb kawan doi ade kang xajak pe die ckp lak an.

Lpas tgk both tentera n polis terus serbu tmpt hiburan. hah, gile ramai tgk suju nyanyi kt pentas n miming. haha.. mampus. dulik ape aku an. sorry xminat korea. haha.. aku terus lepak nk tgk hujan, azlan n kristal. sampai 1.30 pgi aku menahan mata beb. serius doe. dah lah ngantuk gile babeng. heehh.. pastu nk tgk bola. haha.. mmg bye2lah bola tu. tp, dpt stdylah bertapa tightnya band2 kt ats pentas tu..sampai umah lelap mata. ahha.. comel kan.

p/s : hari yg mmg meletihkan aku. 2 hari xpgg bku beb. haha.. peehhh.. jalan mmg jauh dr masjid merah sampai istana kehakiman tu. kurus aku beb. apa2 pon ptrajaya jd huru hara byk sampah. alam flora? jgn cite letihnya, keje overtime beb. apa2 pon selamat berkerja kpd mkcik n pkcik alam flora, teruskan menjaga kebersihan putrajaya. =)

Sunday, May 22, 2011

Jadi bujang lagi

Haiyo.. jadi bujang lagi. ape leyh wat parents gy johor hantar adik aku pergi matrixlah. haha.. aku nk ikot, sbb aku dah lama nk mampus xpergi johor. adoi.. bilelah eah dpt gy johor. last pergi pon time aku darjah 5. hurrmmm... agaknya aku dah ade duit sdri kot bru pergi.. aku pk exam bm je esok. hah klu x exam mmg aku escort. haiisshhh.. sabor jelah.. hurmm.. tp, bujang2 versi ni aku mmg terbaeklah lunch aku td adik syg aku masakkan utk aku. haha.. kenyanglah wokk! saving skit duit mak aku bg. hahahahha... terbaek2! harga ayam dahlah makin mahal skg nie. dapat mkn ayam free. hehe.. tapi, banyak kerja aku nk kene wat nie.. bg AH TAM mkn. haisshhh.. name je kucing tp, mkn mcm manusia. nk nasilah ikan rebuslah.. haiiisshhh... mcm2 hal..

Ape2 pun aku mcm biasa jage rumah. hah. mlm nie boleyh stdy bm kaw2 kat mne je aku suke. wee... esokkan nk exam.. hurrmmm.. harap2 soalan senang2 je.. aku mlas nk bg cikgu bising. geng2 aku smua dah bleyh survive dlm bm nie. tggl aku je. YA ALLAH. berikanlah aku kekuatan dan semangat utk aku study. amin..

P/S : harap2 esok boleh bgn awal deyh. sbb kebiasaanya mak aku yg kejotkan aku bgn dr tdo. haha.. dah besar2 pon mak yg kejutkan. haha.. ape leyh wat an, nie mmg habit aku. HAHA.. klu aku lmbt, call aku k syg2 ku sekalian. =)

Tuesday, May 17, 2011

mimpi ngeri

lambang PSGFM. hah simple je. xlangsi pon. =)

inilah level-level silat gayung fatani.  try untuk dpt yg merah @ yg lebih tinggi.  semoga ia menjadi kenyataan amin...

sgt cantik.
Hai, asal asik mimpi ngeri jer? haihh.. aku bleyh mimpi lak laki simbah asid tu nk bunuh aku. tp, sayang die xberjaya bunuh aku sebab aku berjaya tepis pisau die n kene kat leher die terus mati. Hadoi.. mmg kuat fenomena laki asid nie sampai aku mimpi die (bkn aku sorg je. maizdul akmal sidek pon mimpi die kene tangkap). apa petanda die ye.. haihh... harini hati aku terpanggil untuk igt balik bunga sembah yg 4 tahun lebih aku tinggalkan. nasib baek masih ingat lagi 2 buah tempur yg sempat dikongsikan oleh abg HAFIZ dan abg SAFWAN. hurmm.. aku rase mcm kekok plak nnt klu nk maen bunga sembah balik. hadoi.. harap2 aku diberikan kesempatan untuk menyambung kembali pembelajaran aku ke peringkat yg lebih tinggi. paling cikai pon dapat PENDEKAR MUDA.aku kene training gak sbb dunia luar makin lama makin bahaya. hrmm.. lagi pon aku rindu jgk untuk training silat nie. pehhh.. dengar cite dah ade tempat baru n lagi selesa. wahh.. lepas abis stdy nie insyaAllah..

Wednesday, May 11, 2011

emosi yg mcm celaka

kepada kawan yg duduk disebelah aku. aku minx maaf sgt2, aku xtaw lak aku bleyh terasa lebih harini. haiihh.. xpasal2 aku bertekak dgn ko pasal msg ko tu. seriuslah.. aku xtaw ah emosi aku agak kurang stabil kot. biasalah aku pnat ble dpt mcm tu otak aku msti pk laen mls nk pk byk2 dah..  apa2 pon aku akan settle dgn ko secepat mungkin k. aku mls nk gadoh2 gy

Monday, May 9, 2011

Hari ini manyak hepi lohh..

Hai, apakah yg aku happy sgt nie? hahaha.. budak lower 6 masuk? haha.. xdelah.. arinie hari best aku dan si die yg teristimewa berjalan2 di mines. ahahaha.. naek moto gy tu. dahlah die xpnah naek moto.. haha.. terbaek an. hahaha.. agy pon kene phmlah aku mcm ne an, bkn jns anak loaded n aku xde kereta. haha.. mls nk berlagak kaya, tunjukkan diri anda yg sbnrnya. alah.. bila dpt dating agy nie? duit mkin lama makin pokai. hahaha.. nasib baek die bukan kaki pau. kalau x, botak kepala aku. hahahaha.. =D arinie best gile seyhh.. sblm tdo nk tgk gmbr kita. ;)

Friday, May 6, 2011

Ada apa dengan kedudukan So-SIAL kau?

Haha.. aku ingatkan zaman antara 2 darjat nie dah pupus. rupe2nya masih digunapakai lagi oleh seten2 manusia yang bajet sungguh dengan taraf kedudukan so-SIAL mereka. haha.. mcm pundek! aku hairanlah.. kita nie manusia xda apa yang ko lebih sangat. klu ko lebih berloaded daripada org lain dimata Allah ko nie baru sekecil zahrah pye kekayaan. eyh, manusia. ko taw x kalau ko kaya dlam dunia nie ade 100 lagi org yang lagi kaya drpd engkau. haha.. ko bodoh apa nk ckp dgn aku "aku nk kawan kene tgk taraf die" haha.. mcm pundeklah. aku tgk ko xdelah sebagus mana jalan pon selekeh n nmpk bodoh je. haha. XHOT PON! bwekkk.. haha.. ko nie, xpayahlah nk ikot sgt ajaran yg xmasuk dgn kpala ko. Ko kene igt selagi ko kawan dgn aku taraf ko dgn aku SAMA! hahahahaha.. xpayah nk kelam kabut sangat. tolonglah jgn butakan mata hati ko dgn harta kekayaan ko tu. ko kene igt apa yg ko ade xkan kekal lama so, please jgn nk berlagak sgt k. menyampah taw x! jgn nk cite pasal standard dgn aku! lagi pun ko bkn kaya pon. yg kaya BAPAK KO, NENEK KO, haha.. apa aku kesah? sibuk nk ckp pasal standard sgt an. haha.. tolong buang fikiran dlm kepala HOTAK ko yang berjambul tu yg org kebanyakan tu kalau kawan dengan org kaya nk ambil kesempatan nk duit ko! Chait! poooorrrraahhhh! mcmlah org kebanyakan tu xpenah pegang duit. haha.. mcmlah org kebanyakan tu hairan sgt dengan duit ko. 'yelahkan.. aku memang nk sangat dengan duit ko. (mata ke atas, tangan ke dada)' daa~



p/s : Aku pon ade jgk kawan dgn kawan dgn org KAYA malah die LAGI KAYA daripda ko tapi xpenah nk pilih bulu kawan or cite pasal standard2 nie. ko kene ingat Semakin ko merendah diri, semakin banyak yg hormat ko. Semakin ko takbur, Semakin ramai yang membenci ko. Ape2 pon aku sayang kawan2 aku, xkirelah die standard ayam ke ape ke. sayang kawan2ku!

Sunday, May 1, 2011

selamat hari pekerja

Selamat hari pekerja mak ayah! batman juga tidak terkecuali. hee.. doakan kejayaan aku untuk mid-year exam k. aku skg tak ade mood untuk menulis blog ini sepenuh hati aku sbb buzy nk exam. so, bila2 lah k nnt aku update.

Tuesday, April 12, 2011

Rasis oh rasis!

  Hai.. semua. sorry lame xupdate. kerja manyak woh. sekarang saya mahu cerita tentang rasis @ PERKAUMAN. Eh, korg perasan x yang negara kita nie dah merdeka 53 tahun hampir setengah abad wok. tapi, minda masyarakat kita ini asik perkauman je.. hei, xbosan ke?! memanglah best lpak dgn kawan2 sebangsa ko. tp, sampai bile? nnt ko tercampak mane2 mcm ne ko nk bergaul BANGSA2 LAIN? haha.. ko xrase ape2 ke? minda kau macammne? xterbuka doe..  seriuslah.. jgnlah kita asik Mind setkan otak kita yg setiap bangsa dalam malaysia  nie jahat. ye, aku akui semua bangsa ade wat slek. tapi, mereka manusiakan? heh. xbleyh pk ke? adoi.. korg kene igt dalam setandan pisang xsemuanya busuk. ngerti? heh. SEGELINTIR sahaja yang jahat. kene ingat tu BUKAN SEMUA. haiyoo.. xkan xde konfident utk bergaul. ceh. pirraahh..

  Pemikiran rasis nie, bukan sahaja berjangkit dekat budak2 kecik, budak2 sekolah. bahkan segelintir guru pun sama. haha.. dah tua bangka pun xboleh fikir ke? ceh. asal boleh kaum kau je. xbleyh pk ke pelajar2 yg anti-rasis semua memerhatikan anda wahai guru rasis? dah nampak sangat dah.. bukan org buta hati n buta mata. susahlah.. kang kalau tegur konfirm xboleh terima. hurmm.. tp, xpelah.. biar blog aku sahajalah yg menjadi mangsa. hahaha.. bukan apa, saban hari aku tengok perkauman makin menebal pulak. hidup dlam ketakutan je. takut terjadi rusuhan antara kaum je. Ya Allah mintak2 janganlah kau trunkan.

 Ingatlah wahai teman. "bersatu teguh, bercerai roboh" bosanlah jadi macam nie, sbb aku ade kawan CINA n aku ade kawan INDIA. cikgu aku dulu ade CINA n ade INDIA. so, buat ape mahu pening2 kepala. sudah2 pemikiran kolot tu. smuanya berkerjasama untuk membangunkan negara ini. ape yang penting saling hormat diantara kita. jangan jadi bangang bukak cerita bukan2 sbb xdapat apa pun. itulah pentingnya kamu semua belajar SEJARAH. =) nampak mcm bangang belajar sejarah nie. tp, korg 1000 kali silap.

 Akhirsekali, hiduplah dengan aman dan damai. rase nk kawan dgn yang lain bangsa kawanlah. xsalah pun malah xde hukum dosa. cuma janganlah ikot lifestyle diorg plak, kawan n share cerita dgn mereka. sudahlah.. jangan tunjukkan islam ini kolot n bodoh smua pengikutnya dimata bangsa lain. tunjukkan contoh yang baik mana taw terbuka pintu hidayah mereka untuk memeluk islam dah korg dapat pahala. =)