Sunday, June 2, 2013

asalamualaikum saya kini di Universiti, saya seorg perantau. lulz~

Asalamualaikum.. kepada rakan2 yang ku kasihi maaf sebab dah lama sangat "xhupdate". almaklumlah sekarang saya sudah sedikit bz sebagai mahasiswa. ya. aku telah dipilih memasuki ke IPTA dalam menyambung pembelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda. Alhamdulilah berkat doa mak, keluarga rakan2 atau mungkin sudah suratan aku dipilih memasuki ke dalam IPTA cuma lambat sedikit drpd rakan2 seperjuangan aku yang lain. jikalau membaca post yang lepas aku hanya mampu memrembeskan kesedihan, kecemburuan aku kepada rakan2 aku yang sudah terpilih memasuki ke dalam ipta bagi menyambung pembelajarannya ke peringkat ijazah.

Alhamdulilah, aku kini sudah hampir ke penghabisan sem. maknanya sem 1 bakal berakhir.. hukhuk.. lepas ni aku mahu menduduki peperiksaan akhir. err.. perasaan takut jangan cerita sebab belum menghadapi. apapun, apa yang aku boleh berkongsi, hidup di sini sangat seronok. aku kene belajar berdikari makan sendiri, basuh baju sendiri. konsep "kau campak, kau basuh, kau sidai dan kau lipatnya sendiri k. hukhuk.. ingat senang ke nk mengharungi hidup macam ni setelah 6 tahun 1/2 kau hidup dengan parent. bangun pagi mak kejut. err... mengundang x. kat sini. kat sini kene bangun sendiri kalau xsedar kawan rumah tolong kejutkan.

suasana belajar pun berbeza. kat sini kene sendiri. lecture dah xsuapkan kau. kau kene cari sendiri walau macam mana pun. kalau tak mmg masaklah kau. hukhuk.. apa-apa pun aku rasa seronok sangat dapat kawan baru, housemate baru yang baik2. alhamdulilah sebuah pertemuan yang baik yang diaturkan oleh Allah swt. tak sangka kawan2 sini semua cool. walaupun baru kenal, asal tempat pun lain2. tapi, semangat setiakawan, kerjasama di terapkan dalam diri masing2.. serius.. jujur aku cakap mmg terbaik barang kau letaklah mcm mana pun takkan hilang. Alhamdulilah.. semuanya jujur belaka. bukan puji melangit. tp, ini realiti berharap sgt dapat 1 bilik dgn depa (ckp utara sat) hekhek. majoriti orang rumah orang utara. mai kedah, penang. peghh. seronok. lagi 1 bilik aku ni bilik tumpuan kot mcm2 ada. gym boleh tempat print bagai. hehe..

ok itu sahaja yang aku nak kongsi.. ini post yang terbaru drpd aku. setelah 4 bulan tidak berusik. hekhek.

P/s : btw, yun noobie budak 6AA satu kampus dgn aku. hehe. pahit manis dalam belajar mmg ada. nk x nk kene harung. jumpa dengan org2 yg pelbagai karektor.. oleh itu, aku telah berjanji dengan diri. mahu belajar betol2. xdpt dekan(mimpi bolehlah) pun xpe. aslkan maintain. impian tercapai sekarang masa untuk balas budi dan menepati janji dengan diri sendiri yang telah diaku janji kan :) asalamualaikum